Harapan Hati Malaysia Berhad

Taklimat Sumud Nusantara: Misi Pembebasan Palestin

Khamis, 24 Julai – Harapan Hati Malaysia sangat berbesar hati menerima jemputan dari Cinta Gaza Malaysia ke Taklimat Sumud Nusantara, satu inisiatif solidariti serantau yang menghimpunkan kekuatan dari seluruh Nusantara demi membela Palestin yang dianjurkan oleh Cinta Gaza Malaysia di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi.

‘Sumud’ berasal dari bahasa Arab yang bermaksud “keteguhan hati” atau “ketabahan”. Istilah biasa yang digunakan untuk menggambarkan penentangan setiap hari rakyat Palestin terhadap penjajahan Israel. Istilah ‘Sumud’ dijadikan simbol rasmi nasional pada tahun 1960-an seterusnya dipromosikan sebagai istilah politik oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pada tahun 1970 dan 1980.

Diinspirasikan daripada Global Sumud Flotilla (globalsumudflotilla.org), iaitu pertubuhan antarabangsa dalam misi kemanusiaan maritim terbesar iaitu melalui jalan laut ke Gaza. Objektif yang sama dengan Global Sumud Flotilla, Sumud Nusantara juga akan menghantar kapal-kapal yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza juga sebagai bentuk tekanan untuk membuka sekatan seterusnya membenarkan bantuan masuk ke Gaza.

SUMUD NUSANTARA adalah bukti perjuangan di kalangan masyarakat nusantara yang bukan lagi sekadar memberi sumbangan tetapi untuk pembebasan Palestin keseluruhannya. 8 negara akan terlibat antaranya Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Sri Lanka, Maldives, Bangladesh dan Pakistan. Misi ini juga ingin mengingatkan kita bahawa Isu Palestin bukan isu bermusim dan bukan sekadar krisis kemanusiaan.Tetapi ia adalah isu aqīdah umat Islam. Dan kita akan terus bersuara sehingga Palestin merdeka.

Tahniah kepada Tuan Nadir Al-Nuri dan Cinta Gaza Malaysia kerana menjadi pemula atas inisiatif hebat ini. Kami di Harapan Hati Malaysia akan bersama kalian dalam misi ini, dengan izin dan kekuatan daripada Allah.

Ikuti media sosial Cinta Gaza Malaysia untuk mengikuti perkembangan misi SUMUD NUSANTARA, misi pembebasan Palestin keseluruhannya.