
Pertubuhan Kebajikan Nisa Alkhair merupakan sebuah badan kebajikan yang aktif menggerakkan pelbagai program kemasyarakatan, khususnya dalam aspek pendidikan, kebajikan dan pembangunan wanita. Tetamu kehormat yang dinanti-nantikan iaitu Pengerusi Nisa Al Khair, Ustazah Hayati Binti Mohd Zari@Jaafar dan Setiausaha beliau Puan Nooramenadia Binti Mohd Nor.
Kunjungan hormat bersama Pertubuhan Kebajikan Nisa Alkhair ke Pejabat Harapan Hati Malaysia pada 20 Ogos 2025 bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim serta membincangkan peluang kerjasama strategik dalam pelbagai aspek kebajikan. Pertemuan ini menjadi ruang perkongsian idea dan pandangan, di samping membuka jalan ke arah kolaborasi yang lebih tersusun dan berkesan.
Melalui pertemuan ini, diharapkan wujud persefahaman yang lebih erat antara kedua-dua pihak bagi melaksanakan agenda kebajikan dengan lebih meluas. Semoga kerjasama ini memberi manfaat besar kepada masyarakat serta memperkukuh usaha bersama dalam membela golongan yang memerlukan.
Ikuti telegram rasmi Harapan Hati Malaysia
t.me/harapanhatimalaysia


