Harapan Hati Malaysia Berhad

Projek ‘Back To School’

😊✨Senyuman Pertama Tahun Baharu: Harapan Hati dan Masjid Al-Mustaqim Santuni Anak Asnaf Melalui Projek “Back to School”📚🎒✏️

KAJANG, 1 Januari 2026 — Harapan Hati Malaysia (HHM) membuka tirai tahun baharu dengan penganjuran program penyampaian bantuan persekolahan “Back to School”, dengan kerjasama Masjid Al-Mustaqim, Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda, Kajang, Selangor.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, disusuli ucapan pembukaan oleh Nazir Masjid Al-Mustaqim, Haji Mohd Arif Abd Samad. Seterusnya Ketua Pegawai Eksekutif HHM, Dr Nur Fatin Halil menyampaikan ucapan dan pengenalan mengenai HHM.

Sesi penyampaian sumbangan diteruskan selepas itu yang menyaksikan 36 murid sekolah rendah daripada keluarga asnaf setempat telah menerima beg sekolah, alat tulis serta wang tunai sebanyak RM50 setiap seorang bagi pembelian kasut sekolah, sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan 2026.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli Lembaga Pemegang Amanah HHM, Haji Mohd Yaziz Kasran dan Haji Jamil Sakmin. Turut bersama dalam majlis ini, Imam 1 dan Imam 2 Masjid, Haji Nor Azhar dan Encik Zainan Samingan.

HHM merakamkan penghargaan kepada barisan jawatankuasa Masjid Al-Mustaqim atas kerjasama yang diberikan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para penderma atas sumbangan yang dihulurkan.

Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban keluarga dalam membuat persiapan bagi sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi, seterusnya menyuntik semangat anak-anak untuk terus berusaha dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Lebih banyak senyuman di sini (https://www.facebook.com/share/p/17yX1cXTLr/)