Harapan Hati Malaysia Berhad

Ibadah Korban Harapan Hati di Malaysia

Pada 12 Zulhijjah 1446H bersamaan 9 Jun 2025, Harapan Hati Malaysia dengan kerjasama Madrasah Darul Iman telah melaksanakan program ibadah korban di Madrasah Darul Iman Trea 5, Thbong Khmom, Kemboja.

Program ini telah diuruskan oleh Yang Berbahagia Ustaz Salleh bin Isa dan disertai oleh beberapa orang peserta korban dari Malaysia yang menjadi penyumbang.

Ibadah korban ini telah dilaksanakan dalam suasana penuh kesyukuran dan semangat ukhuwwah, melibatkan penyembelihan haiwan korban dan daging yang diagihkan kepada penduduk setempat yang memerlukan. Usaha ini sebagai menyantuni saudara se-Islam di Kemboja sempena Hari Raya Aidiladha.

Terima kasih buat semua penyumbang. Semoga segala pengorbanan dan sumbangan para peserta diterima Allah SWT dan menjadi bukti ketaatan serta keikhlasan di sisi-Nya.