






Water For Gaza’ adalah salah satu projek sepanjang tahun kami. Projek ini mempunyai tujuan yang jelas iaitu membekalkan air bersih kepada sebahagian kawasan kem pelarian. Setiap sumbangan sedikit sebanyak dapat membantu mereka mendapatkan air bersih untuk sehari ke dua hari bagi terus bertahan. Hakikatnya, sumber utama air di Gaza hanyalah laut selain telaga yang digali. Biasanya, rakyat Gaza tiada pilihan selain terpaksa menggunakan air laut selepas melalui beberapa peringkat penapisan.
Terima kasih, kepada rakyat malaysia dalam memberi sumbangan kepada rakyat Gaza. Alhamdulillah telah selamat sampai ke Gaza bantuan air untuk keperluan harian mereka. Semoga kehidupan saudara kita di Gaza akan sentiasa dimudahkan urusan.
Setiap sumbangan menghidupkan harapan.
Teruskan menyumbang untuk mereka