Harapan Hati Malaysia Berhad

Kunjungan Hormat Ke Ibu Pejabat MyCare

6 November 2025, Harapan hati Malaysia telah berkunjung hormat ke pejabat MyCARE (Humanitarian Care Malaysia) dan kami ami berpeluang bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Tuan Haji Kamarul Zaman, beliau yang juga pernah mengetuai Steering Committee bagi kapal Freedom Flotilla. Bersama beliau, Encik Nasrul dari bahagian Sumber Manusia serta seorang staf pelatih MyCARE.

Sepanjang sesi pertemuan, pelbagai pengalaman berharga, serta nasihat bernilai telah dikongsikan oleh pihak MyCARE, khususnya berkaitan usaha kemanusiaan, projek yang dijalankan dan pengurusan organisasi.

Pertemuan ini juga sebenarnya membuka ruang untuk perbincangan bagi kerjasama strategik pada masa hadapan.

Kami amat bersyukur dan berterima kasih atas sambutan mesra serta penerimaan baik pihak MyCARE terhadap kunjungan kami.

Semoga pertemuan ini menjadi permulaan kepada hubungan kerjasama yang berterusan yang dapat memberi manfaat kepada nilai kemanusiaan pada masa akan datang.

https://t.me/harapanhatimalaysia