Harapan Hati Malaysia Berhad

Pertemuan Strategik HHM dan Fatih Foundation

Tarikh: 31 Ogos 2025
Masa: 5.00 – 6.00 petang
Tempat: Pejabat Urusan Harapan Hati Malaysia

Pada 31 Ogos 2025, Harapan Hati Malaysia (HHM) dan Fatih Foundation telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU). Majlis yang berlangsung di Pejabat Urusan Harapan Hati ini telah dilaksanakan bagi memperkukuh kerjasama antara dua organisasi dalam bidang kemanusiaan.

HHM telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Nur Fatin Halil, manakala Fatih Foundation diwakili oleh Presidennya, Dr. Owais Pasha Qarni.

Fatih Foundation merupakan NGO yang berpangkalan di Pakistan, aktif dalam program bantuan bencana, agihan makanan, biasiswa pendidikan, projek air bersih, kebajikan anak yatim dan balu, serta inisiatif pembangunan komuniti di dalam dan luar negara.

Kerjasama dengan HHM diharapkan dapat memperluaskan lagi jaringan kemanusiaan khususnya di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

t.me/harapanhatimalaysia