
“Program Sembang Suri 12.0 bertajuk “Inspirasi Suri Gaza Membina Rijal”
Berlangsung pada 29 Oktober 2025 (Rabu) secara dalam talian melalui platform Google Meet.
Perkongsian disampaikan oleh Ustazah Dr. Nur Fatin Halil, Ketua Pegawai Eksekutif Harapan Hati Malaysia dan pernah menyertai Misi Solidariti Gaza 2012.
Tajuk yang dibawakan menyoroti tauladan seorang ibu di Gaza dalam membentuk anak-anaknya menjadi pejuang kebebasan, meskipun hidup dalam penjajahan selama berpuluh tahun.
Program anjuran Komuniti Sahabat Suri ini bertujuan memberi inspirasi kepada para isteri dan ibu untuk membina keteguhan jiwa, memperkukuh peranan mereka dalam keluarga, serta membentuk generasi Muslim yang beriman, tabah dan berprinsip.
Seramai hampir 60 wanita yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah menyertai sesi perkongsian ini. Semoga setiap masa yang diluangkan memberi manfaat kepada para peserta.
Ikuti media Sosial Harapan Hati Malaysia untuk perkembangan projek terkini di Palestin:
