













Alhamdulillah, Harapan Hati Malaysia telah berjaya melaksanakan Projek ‘Bread for Gaza’ iaitu projek bagi bulan September. Projek ini adalah sebahagian daripada usaha bantuan makanan berupa roti khusus buat rakyat Gaza yang terus berdepan dengan krisis kebuluran.
Agihan telah dibuat di wilayah Gaza khususnya di Utara Semenanjung Gaza dan kawasan Barat Gaza dengan sasaran utama adalah ratusan keluarga pelarian serta keluarga para syuhada yang amat memerlukan bekalan makanan asas.
Terima kasih buat para penyumbang, hasilnya projek ini dapat dilaksanakan dan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada saudara kita di Gaza. Ini juga merupakan tanda solidariti kita terhadap saudara kita di sana.
Teruskan menyumbang bagi menjayakan lebih banyak projek kemanusiaan seterusnya memberi manfaat lebih ramai mereka yang memerlukan melalui link di bio atau akaun Maybank.
Harapan Hati Malaysia
5622 0971 1151
Rujukan: Tabung Kecemasan Palestin
Untuk maklumat lanjut, layari website rasmi Harapan Hati Malaysia https://hhmalaysia.org/