Harapan Hati Malaysia Berhad

Projek ‘Hot Meals For Gaza’ : Julai 2025

Khamis, 24 Julai – Harapan Hati Malaysia telah berjaya melaksanakan sebuah projek bantuan makanan kepada rakyat Gaza di Utara Semenanjung Gaza, Al-Zeitoun. Dalam keterbatasan, bantuan daripada rakyat Malaysia masih dapat dilaksanakan dan memberi manfaat kepada rakyat Gaza.

Projek Hot Meals for Gaza sebelumnya telah dilaksanakan pada Januari 2025 dan sekali lagi dilaksanakan pada bulan Julai yang memberi manfaat kepada penduduk Gaza di kawasan terpilih iaitu kali ini Al-Zeitoun, utara Gaza dalam anggaran ratusan keluarga yang mendapat manfaat.

Sebagai makluman, Projek Hot Meals for Gaza adalah antara projek sepanjang tahun yang dianjurkan oleh Harapan Hati Malaysia. Ini bermaksud projek ini akan dilaksanakan beberapa kali dalam satu tahun.

Alhamdulillah amanah yang diberikan kepada Harapan Hati Malaysia, telah dilaksanakan sebaik mungkin. Terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang diberikan. Nantikan projek-projek yang akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Layari website rasmi Harapan Hati Malaysia https://hhmalaysia.org/ dan follow semua laman media sosial kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek akan datang.