Rakyat Palestin terutama di Gaza telah terputus bekalan asas terutama sumber air bersih. Kebanyakan air yang digunakan mereka sekarang kotor dan membahayakan kesihatan.
Dengan inisiatif Projek ‘Water Well’ 2025 yang berlangsung pada bulan Jun 2025 iaitu projek daripada Harapan Hati Malaysia. Kita telah mengumpul dana untuk membina telaga baru, membaik pulih telaga sedia ada dan mengaktifkannya menggunakan tenaga solar.
Kita berharap semoga telaga yang dibina dengan tenaga solar ini dapat membantu rakyat Palestin demi kelangsungan dan keperluan hidup mereka. Misi kita belum selesai terutama untuk membantu saudara kita di Palestin. Ayuh bersama-sama kami berkongsi rezeki dengan mereka dengan menyalurkan sedikit sumbangan di akaun yang tertera di bawah.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan mendoakan. Layari laman sesawang rasmi kami di https://hhmalaysia.org untuk maklumat lanjut berkenaan misi dan projek kemanusiaan Harapan Hati Malaysia.
Sebarang sumbangan anda boleh salurkan ke akaun Maybank Harapan Hati Malaysia (no acc: 5562-0971-1151)
