
12 Oktober 2025 — Setinggi-tinggi penghargaan buat Wanita ISMA Kajang dan Ukhuwatul Muslimah Peak 208 atas jemputan ke program Walk & Talk Palestine yang berlangsung meriah di Taman Tropicana Heights pada Ahad lepas.
Program santai tetapi penuh makna ini menggabungkan aktiviti briskwalk sambil menyemai semangat peduli Palestin.
Ketua Pegawai Operasi Harapan Hati Malaysia, Dr Nur Fatin binti Halil telah dijemput untuk menyampaikan sesi perkongsian mengenai perjuangan rakyat Palestin. Di samping itu, beliau juga telah mempromosikan Kempen Tabung Harapan Palestin dan mengajak para peserta untuk turut sama menyumbang dalam kempen ini.
Tahniah buat Wanita ISMA Kajang dan Ukhuwatul Muslimah Peak 208 atas penganjuran program ini!
Marilah bersama turut menyumbang dan menyebarkan semangat solidariti buat saudara kita di bumi suci.
“Setiap sumbangan menghidupkan harapan”
———
👉 Sertai kempen TABUNG HARAPAN PALESTIN di sini: https://linktr.ee/harapanhatimalaysia
t.me/harapanhatimalaysia
